ULASAN BUKU/BOOK REVIEW
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan (Teori, Analisa & Interpretasi Data) oleh Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. 2006. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 355 halaman. Mengandungi indeks, Bibliografi : 351-354, ISBN 983-3585-83-
SINOPSIS
Buku iringan kepada sebuah teks penuh ini ditujukan kepada guru dan pensyarah yang mengajar kursus penyelidikan. Buku setebal 359 muka surat ini dibahagikan kepada 19 bab. Ia terbahagi kepda 2 fasa. Dalam fasa pertama, penyelidik diberi kefahaman bagi membuat penyelidikan, daripada membuat pernyataan masalah, objektif, persoalan, kajian, jenis penyelidikan, hipotesis, persampelan, kebolehpercayaan dan kesahan, dan mebina soal selidik. Dalam fasa kedua pula, penyelidik didedahkan kepada asas statistik deskriptif seperti min, mod dan median serta taburan normal.
Bagi buku ini, ia dimulai dengan saranan konsep penyelidikan pendidikan yang hendak dikendalikan iaitu fungsi penyelidikan pendidikan, pendekatan penyelidikan pendidikan dan unsur-unsur penyeidikan. Bab dua tertumpu kepada etika penyelidikan dengan aktiviti penyelidikan yang tidak beretika. Bab 3 menyentuh mengenai teori dalam penyelidikan, termasuk definisi teori, membentuk kerangka kerja, penyelidikan, fungsi sintesis idea baru, teori membantu membuat generalisasi, teori membantu menjelaskan dan membuat, penggunaan teori bagi menguji teori dan kesimpulan daripada tajuk kecil tersebut. Bab 4 menceritakan mengenai penyelidikan sejarah. Antara penjelasan yang diberikan adalah definisi masalah, proses penyelidikan sejarah, pernyataan permasalahan, pengumpulan data, analisis data:Krtikan luaran dan dalaman, sintesis data dan kesimpulan. Bab 5 ialah tentang penyelidikan eksperimen di mana, ia menerangkan mengenai proses eksperimental, manipulasi dan kawalan, gangguan kepada kesahan ekperimental, gangguan kepada kesahan dalaman, gangguan terhadap kesahan luaran, spesifikasi pemboleh ubah, kesan ujikaji dan susunan reaktif. Bab 6 hingga 7 menyajikan kaedah penyelidikan : perbandingan punca terutamanya ialah kajian kes, perbandingan punca dan analisis data, kolerasi. Bab 8 menyarankan tunjuk ajar pemilihan sampel supaya dapat digeneralisasikan kepada populasi. Bab 9 menjuruskan kepada masalah iaitu teori, ulsan literatur, permulaan masalah, ulasan kajian literatur. Bab 13 menjurus kepada cara menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dalam kutipan data, serta jenis kesalahan pengukuran yang mungkin berlaku. Bab 10 tertumpu kepada pendekatan kualitatif. Bab 11 tentang signifikan keputusan penyelidikan atau hipotesis penyelidikan. Bab 12 memberi penegasan pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar. Bab 13 menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dalam kutipan data, serta jenis kesalahan pengukuran yang mungkin berlaku. Bab 14 memberi tinjauan melalui soal selidik, bentuk tinjauan, langkah-langkah penyelidikan . Bab 15 menjuruskan kepada pengukuran sikap tertumpu kepda kaedah pembinaan skala sikap, kaedah likert, perbezaan semantik, konsep kendiri, kebolehpercayaan dan hesahan skala. Bab 16 tertumpu kepada pendekatan kuantitatif. Bab 17 menjelaskan mengenai taburan normal dan erti statistik seperti taburan lazim, keertian statistik, pemilihan aras keertian. Bab 18 memberi pengertian memasukkan data dan memproses sejumlah persembahan data statistik deskiptif dalam laporan penyelidikan. Bab 19 tertumpu kepada statistik inferensi. Pada akhir buku ini, dijelaskan bibliografi dan indeks
Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberikan perspektif yang boleh dikatakan lengkap dan menyeluruh kepada guru dan pensyarah yang diamanahkan mengendalikan kursus penyelidikan. Buku ini ditulis bertujuan memenuhi keperluan buku rujukan bagi penyelidik yang ingin membuat kajian penyelidikan. Dalam buku ini, pembaca dideahkan kepada cara-cara membuat penyelidikan dengan lebih mudah. Di samping itu juga, penyelidik dideahkan kepada keadah statistik mudah sperti min, mod, median dan sisihan piawai.
Kelebihan buku ini adalah ia merangkumi semua aspek dalam proses membuat penyelidikan, iaitu daripada memahami kaedah membuat penyelidikan sehingga memproses data, menganalisis data, mentafsir dan membuat laporan. Bagi menguasai jenis statistik yang digunakan dalam menguji hipotesis, buku ini menerangkan jenis statistik yang sesuai bagi menggunakan ujian-t, kolerasi, ANOVA, Khi kuasa dua dan regrese. Ia juga menerangkan bagaimana hendak memahami dan mentafsir data hasil daripada statistik infrensi.
Langkah penyampaian, bahan ujian, ulasan penyelidikan dan contoh yang disediakan dalam setiap bab disusun dengan begitu jelas dan teratur supaya lebih mudah digunakan semasa menyampaikan kuliah, atau semasa mengendalikan kelas tutorial tentang penyelidikan.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P
Panduan untuk mengendalikan kursus penyelidikan ini sangat mustahak justeru guru akademik / pensyarah prauniversiti dikehendaki melaksanakan penyelidikan setiap tahun. Buku ini ditulis bagi mengisi keperluan akademik pelajar universiti, tetapi juga bagi mengisis keperluan penyelidik-penyelidik yang ingin membuat kajian, khususnya para penyelidik serta mereka yang terlibat dalam organisasi pendidikan.
Sebahagian guru belum pernah mendapat pendedahan lengkap berkenaan penyelidikan. Jika ada pendedahan sekali pun, mereka sudah lama tidak melaksanakan penyelidikan dalam format dan tatacara yang betul.
Bagi penulis buku ini, beliau mengharapkan bahwa buku ini menjadi bahan rujukan dan bacaan bagi golongan pembaca yang ingin mempertingkatkan pembangunan mutu penyelidkan khasnya kepada pelajar-pelajar ijazah pertama Institusi Perguruan Malaysia dan IPTA/IPTS serta pelajar sarjana dan ph.D yang mengambil jurusan pendidikan.
Selain itu, buku panduan ini juga dapat digunakan bagi membimbing pelajar prauniversiti tentang proses dan tatacara penyelidikan dengan pilihan kaedah tinjauan yang hanya menghendaki pentadbiran penyelidikan hanya sekali. Guru yang memiliki ijazah tinggi (sarjana dan Ph.D) pula perlu dirundingi supaya bidang tujahan penyelidikan yang dilaksanakan menepati keperluan dan kepentingan pengajian prauniversiti.
Saya mendapati ilmu yang terkandung dalam buku ini boleh dimanfaatkan dalam mereka bentuk taklimat asas penyelidikan kepada guru dan pelajar prauniversiti. Walau bagaimanapun, susunan bagi saya, susunan kandungan bagi buku ini tidak begitu tersusun, di mana pnyusunan pendekatan kaedah kajian yang diletakkan secara berasingan. Tetapi buku ini lengkap dengan adanya isi kandungan, bibliografi serta indeks. Penggunaan indeks ini memberi kemudahan kepada para pembaca untuk membuat semakan ke atas perkataan yang sukar difahami.